Masa aku updet blog ni aku kat opis Sabrina. Aku dah janji nak temankan dia berbuka puasa. Cerita bab berpuasa korang dah ganti ke puasa korang yang tercicir tahun-tahun yang sudah? Ganti laa sementara masa masih mengizinkan. Bila cerita bab berpuasa nih aku terkenangkan masa aku kecik-kecik dulu. Korang percaya tak yang aku nih sampai sekarang takde sepasang baju melayu? Maksud aku baju melayu lengkap dengan seluar dan sampingnyer. Aku hanya ada sepasang baju melayu masa sekolah menengah je. Standard laa kaler putih.
Entahlah.., dulu aku hidup sederhana so untuk parents aku menyediakan sepasang baju melayu pon rasa macam ngam-ngam je bajet. Aku beli kemeja t dan slack. Kalau ada rezeki lebih merasalah pakai seluar denim @ jeans. Sampailah aku bekerja aku ada angan-angan nak tempah sepasang baju melayu tapi.........., bila mengenangkan arwah abah dan arwah adik aku rasa sayu sangat :-( Aku nak bergaya untuk siapa? Nak beraya dengan siapa? So sampai sekarang aku tak pernah ada sepasang baju melayu untuk raya puasa. Sampai umur aku tahun lepas 26 tahun. Bukan nak berkisah sedih cuma aku nak berkongsi rasa. Sebab semenjak 2001 bila abah aku meninggal aku memang tak pernah bercadang nak buat baju melayu. Menyusul pulak adik aku meninggal dunia pada 2003. Rasa memang tak bermaya je bila pagi raya tu. Rasa pilu sangat.... Nasib baik ada mak dan adik bongsu aku. Adalah semangat aku nak beraya sekadar mencukupkan syarat.
Alhamdulillah selepas 26 tahun..., aku terasa nak menempah sepasang baju melayu untuk dipakai masa hari raya puasa tahun 2005 ni. Semenjak ada sinar dalam hidup aku. Sabrina banyak melengkapkan hidup aku yang selama ini aku rasa banyak kekurangannya. Tunang aku belikan aku kain baju melayu untuk ditempah. Kaler sama macam kain baju kurung yang aku belikan untuk dia masa buat hantaran pertunangan hari tu. Kaler peach lembut. Rasa keseronokan untuk menyarungkan baju melayu semakin teruja!!!
Maafkan aku kalau buat korang sedih tapi...., tanpa kesedihan kita tak akan tahu betapa berharganya kegembiraan. Betapa perlunya kita menghargai setiap saat yang ada. Ayuh...!!! Mari kita berusaha untuk menggembirakan mereka yang tersayang. Semoga Allah merahmati kita semua. :-)
P/S : Abang rindukan you selalu Sabrina!!! Hari ini, esok dan selamanya...Insya-Alllah =">
No comments:
Post a Comment